Wednesday, July 22, 2009
Saturday, July 18, 2009
TBW pada 18.07.2009
Hari ini 18.07.09 - Aturcara bermula jam 10.00 pagi, berlepas dari Taman Shahbanbar menuju ke Asrama Darul Falah, rumah anak yatim di Bukit Payong. Lebih kurang 200 biji motor dengan pelbagai model & jenama, semuanya 500 cc keatas. Kami diiringi oleh sebuah kereta peronda dan 3 biji motor trafik Polis melalui jalan Batu Burok dan masuk kejalan Bukit Kor. Sesampai kami disana, kami disambut oleh penghuni asrama sebelum memasukki dewan untuk sesi seterusnya. Majlis dimulakan oleh bacaan doa disampaikan oleh petugas disana & seterusnya kami di alu2kan oleh Tuan Haji Yusof Musa selaku pengetua asrama. Beliau menceritakan tentang sejarah asrama anak yatim, bilangan anak yatim yg menghuni, pasal infrastruktur & dana kewangan. Selepas itu Pengerusi KMT pulak meyampaikan ucapan dan seterusnya kami mengadakan kutipan kilat membantu anak2 yatim. Alhamdulillah, dpt jugak dlm RM1500 tak termasuk dollar Singapore
Suasana di TBW 2009
Video yang sempat diambil pada 17.07.09 semasa sesi pendaftaran disebelah petang
Terengganu Bikers Week 2009
Thursday, May 14, 2009
Hari ini 14.05.2009 terima sms dari s/u ajak pi Paya Resak, Bukit Payong makang roti payang. Kami berkumpul di Mobil Gong Badak jam 5.30 ptg. Sdra Pengerusi sudah siap menunggu..kemudian tiba Sdra Bendahari..kemudian dtg Sdra Andy..tunggu sekejap lagi kot2 Sdra s/u akan dtg tapi oleh kerana ada perkara yg tak dpt dielakkan sdra s/u x dapat bersama kita ptg ini. Jam dah hampir 6.00 ptg, kami pun beredar dari Gong Badak menuju ke Seberang Takir menjemput 2 orang lagi ahli kita iaitu Sdra Sham & Rustam. Tanpa melengahkan masa kami 6 biji motor terus memecut ke Bukit Payong..jalanraya ketika tu agak sibuk Sampai di sana apa lagi..terus order roti payang gulai kambing & daging cincang Servis ok jugak dikedai tu walaupun pelanggan ramai ketika tu tapi taklah lama kami menunggu hidangan. Masing2 sungguh berselera menjamu selera tapi kami tak lama disana. Jam 6.45 ptg kami pun beredar balik. Sampai rumah dang molek maghrib
Subscribe to:
Posts (Atom)
