Selamat datang ke blog kami

Salam diucapkan kepada semua yang meluangkan masa menjenguk blog kami yang tak seberapa ini.

Sunday, March 1, 2009

Menerima kunjungan bikers dari Pahang

Gong Badak bikerz club turut serta menyambut kedatangan Pahang Bikers pada 28.02.2009
Ahli2 Gong Badak berkumpul di Mobil Gong Badak pada jam 11.15 pagi. Aku tak dapat serta sama
pada masa tersebut kerana ada hal yang tak dapat dielakkan. So tak ada gambar yang dapat diambil semasa di sana.
Cuma aku dapat follow dari belakang pada jam 11.40 tghari..on the way dekat traffic light Perpustakaan Negeri jumpa dengan Shukri Vulcan 800..aku ingat aku yg lewat tapi ada lagi yang lewat..hehehe.
Sampai di Kuala Ibai terima panggilan drp Pengerusi, Haji Din...apalah Tuan Pengerusi ni..atas
motor pun call aku, mcm mana nak jawab...jgn marah Tuan Pengerusi..mana dia tahu aku atas motor. Aku pun berhenti sekejap menalipon balik bertanyakan dimanakah mereka semua berada manakala si Shukri tu bayang pun tak nampak.
Sampai di Rhu Rendang lebih kurang 12.30.agak2nya sbb aku tak ada jam tangan..cuaca pulak panas terik dan matahari betul2 diatas kepala. Di Rhu Rendang aku pun berhenti sbb deretan motor sudah menunggu disana. Berhenti makan dulu..yang lain aku lihat sudah selesai makan..tinggal aku dan Shukri je yang belum makan. Kedai yg kami berhenti ialah kedai makan
nasi ayam, entah apa nama kedai dah lupa..Jafri ke Jafnie..tu kena tanya Tuan Pengerusi kite Haji Din.
Selesai makan maka kami semua pergi ke Pantai Kelulut bersama2 dgn bikers Kuala Terengganu yang di ketuai oleh Cikgu Ya. Santai & berehat disana dulu lebih kurang 45 minits.
Heran jugak yang lain melihat apa kami buat disana dengan motor yang bermacam ragam & bermacam bunyi. Ada juga yang aku lihat hamba allah tu yang mengambil gambar video akan motor2 yang berkumpul disana. Tungggu punya tunggu lebih kurang jam 1.50 sampailah bikers dari Pahang sebanyak 20 buah & 1 buah kereta pengiring. 2 buah Goldwing, 1 superbike sebagai Marshal dan yang lain easyrider. Ketika tu..berhenti Mat Salleh dengan kereta mengambil motor2 yang ada disitu.
Lebih kurang 8 minits berehat disana..bikers2 Pahang dibawa ke penginapan di Rhu Muda
iaitu Anggulia Beach Resort..kali pertama sampai di Anggulia Beach Resort..ok juga tempat dia.
Sementara menunggu jam 3.00 ptg..solat zohor di surau yang ada disitu. Surau baru nampaknya sbb bau cat masih belum hilang..best jugak surau tu..siap dgn aircond.
Solat Zohor berjemaah..Che Din selaku Tuan Imam kite...lps Zohor, ramai yg bergolek di surau. 3 buah lagi motor tiba yg ditekong oleh Hj Mohd Zukri..lewat sampai bendahari kite..jgn liwat sudahlah..hehehe
Pukul 3.00 ptg..masing2 hidupkan motor..bawa bikers Pahang ronda2 Kuala Terengganu.
Pada malamnya pulak..aku tak dpt menghadirkan diri kerana nak hantar anak balik asrama.
Jadi tak dapatlah aku nak pamirkan gambar2 pada malam tersebut.

Tentatif Program
1. 11.15pg - Berkumpul di mobil Gong Badak
2. 12.30tgh - Makan tengahari di Rhu Rendang
3. 1.00 tgh - Berkumpul & berehat di Pantai Kelulut (meyambut ketibaan bikers Pahang)
4. 2.00 ptg - Berehat & solat Zohor di Anggulia Beach Resort
5. 3.00 ptg - Membawa bikers Pahang meronda & kenal2 di Kuala Terengganu
- Pantai Batu Burok ( Lebih kurang 20 minit)
- Pusing2 bandar ikut jalan Primula, Hadapan Pasar Payang, Jalan Banggol
& Jalan Hiliran menuju Ke Taman Tamaddun Islam
- Masjid Kristal..lama gak disini
6. 6.00 ptg - Minum petang di Kopitiam Gong Badak
7. 9.00 mlm - Barbique di Anggulia Beach Resort

No comments:

Post a Comment

Blog Archive


About Me

My photo
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia