Selamat datang ke blog kami

Salam diucapkan kepada semua yang meluangkan masa menjenguk blog kami yang tak seberapa ini.

Thursday, May 14, 2009



Hari ini 14.05.2009 terima sms dari s/u ajak pi Paya Resak, Bukit Payong makang roti payang. Kami berkumpul di Mobil Gong Badak jam 5.30 ptg. Sdra Pengerusi sudah siap menunggu..kemudian tiba Sdra Bendahari..kemudian dtg Sdra Andy..tunggu sekejap lagi kot2 Sdra s/u akan dtg tapi oleh kerana ada perkara yg tak dpt dielakkan sdra s/u x dapat bersama kita ptg ini. Jam dah hampir 6.00 ptg, kami pun beredar dari Gong Badak menuju ke Seberang Takir menjemput 2 orang lagi ahli kita iaitu Sdra Sham & Rustam. Tanpa melengahkan masa kami 6 biji motor terus memecut ke Bukit Payong..jalanraya ketika tu agak sibuk Sampai di sana apa lagi..terus order roti payang gulai kambing & daging cincang Servis ok jugak dikedai tu walaupun pelanggan ramai ketika tu tapi taklah lama kami menunggu hidangan. Masing2 sungguh berselera menjamu selera tapi kami tak lama disana. Jam 6.45 ptg kami pun beredar balik. Sampai rumah dang molek maghrib

Ride Makang Roti Payang 02





Ride Makang Roti Payang





Perjumpaan di Kopitiam 12.05.2009


Ini dia jurugambar kecik
Sembang-sembang isu semasa & minum-minum
Ini dia motor yg dtg pada mulanya 5 biji..yg lain ada keje, x dpt hadir
Tak kemana pada hari ini

Tuesday, May 12, 2009

MAKLUMAN TERKINI

Terima SMS dari S/U ada perjumpaan kat kopitiam Gong Badak jam 5.45 ptg, 12.05.2009 kalau cuaca mengizinkan.
Semenjak kebelakangan ini, cuaca asyik hujan je sebelah ptg & malam.

Thursday, May 7, 2009

Berita Terkini

Salam,

Rasanya dah lama tak ada berita tentang aktiviti ride.
Last sekali kite orang ride ke Penarek pada 27.04.2009 kena Satar dll lagi yang mengenyangkan..
Ride kali ini agak lewat sikit iaitu kul 6.15 sbb menunggu riders dari Kuala Terengganu yang nak joint sama..tunggu punya tunggu sampai terlewat sbb cuaca pada hari tersebut agak gelap & mendung. Last-last riders Kuala Terengganu tak dapat datang sbb cuaca disana tidak mengizinkan dengan hujan yg lebat katanya.
Maka kami berenam iaitu Hj. Mohd Zukri, Sdra Adnan, Hj Din 31, Sdra Zainal , Cikgu Nizam & Taufik sahaja yang ride. Maka kami pun tanpa melengahkan masa terus bergolek tayar melarikan diri dari dihujani hujan. Semenjak kebelakangan ni, cuaca tidak menentu dan asyik hujan je disebelah ptg..itu sbbnya aktiviti lembab sikit.
Bukannya lama sgt kami ke Penarek..sekadar panaskan enjin yang dah lama sejuk..hehehe, kata Haji Mohd Zukri. Selepas pekena air & alas perut dgn satar dll maka kami pun beredar balik. Target sebelum maghrib sampai rumah.
Maaf tak ada gambar yang dapat dipaparkan sbb terlupa nak ambik gambar.

Thursday, March 12, 2009

Bergerak menuju ke Pantai Merang
Berhenti menunggu yang lain mengisi minyak di wakaf tengah
Tunggulah..
Set2 Superbike dari Kuala Terengganu...mereka juga joint pada hari tersebut, jumpa di Kopitiam
Bergerak bersama-sama ke Merang bersama set2 superbike




Santai ke Merang pada 09.03.2009

Santai di Pantai Merang 09.03.2009..jam 6.40 ptg masa tu
Masih di Pantai Merang
Rilek nmpak semuanya..hehehehe
Makang angin petang...

Thursday, March 5, 2009

Di Stadium Gong Badak...berhenti ambil angin & melihat motorcross & drift kereta. Rupanya setiap hujung minggu mcm2 yg dimainkan disini
Di tepi pantai airport menuju ke Stadium Negeri Gong Badak
Motor siapa nie......
Cuaca hari tu ok je...

Ronda2 di tepi pantai..maklumlah dah 3 hari x panaskan enjin..asyik hujan je kat sini 2 -3 hari lps
Cuaca bagus hari ni..cerah & tak hujan
Sebelum panaskan enjin..panaskan tubuh dulu dgn air & kerepok panas
yang baju merah ni..jauh sekali dtg..dari kuala terengganu..yg lain semua area dekat2 ni aje
Inilah tempat biasa kita org berbincang pasal motor & progrem

Sunday, March 1, 2009

Menerima kunjungan bikers dari Pahang

Gong Badak bikerz club turut serta menyambut kedatangan Pahang Bikers pada 28.02.2009
Ahli2 Gong Badak berkumpul di Mobil Gong Badak pada jam 11.15 pagi. Aku tak dapat serta sama
pada masa tersebut kerana ada hal yang tak dapat dielakkan. So tak ada gambar yang dapat diambil semasa di sana.
Cuma aku dapat follow dari belakang pada jam 11.40 tghari..on the way dekat traffic light Perpustakaan Negeri jumpa dengan Shukri Vulcan 800..aku ingat aku yg lewat tapi ada lagi yang lewat..hehehe.
Sampai di Kuala Ibai terima panggilan drp Pengerusi, Haji Din...apalah Tuan Pengerusi ni..atas
motor pun call aku, mcm mana nak jawab...jgn marah Tuan Pengerusi..mana dia tahu aku atas motor. Aku pun berhenti sekejap menalipon balik bertanyakan dimanakah mereka semua berada manakala si Shukri tu bayang pun tak nampak.
Sampai di Rhu Rendang lebih kurang 12.30.agak2nya sbb aku tak ada jam tangan..cuaca pulak panas terik dan matahari betul2 diatas kepala. Di Rhu Rendang aku pun berhenti sbb deretan motor sudah menunggu disana. Berhenti makan dulu..yang lain aku lihat sudah selesai makan..tinggal aku dan Shukri je yang belum makan. Kedai yg kami berhenti ialah kedai makan
nasi ayam, entah apa nama kedai dah lupa..Jafri ke Jafnie..tu kena tanya Tuan Pengerusi kite Haji Din.
Selesai makan maka kami semua pergi ke Pantai Kelulut bersama2 dgn bikers Kuala Terengganu yang di ketuai oleh Cikgu Ya. Santai & berehat disana dulu lebih kurang 45 minits.
Heran jugak yang lain melihat apa kami buat disana dengan motor yang bermacam ragam & bermacam bunyi. Ada juga yang aku lihat hamba allah tu yang mengambil gambar video akan motor2 yang berkumpul disana. Tungggu punya tunggu lebih kurang jam 1.50 sampailah bikers dari Pahang sebanyak 20 buah & 1 buah kereta pengiring. 2 buah Goldwing, 1 superbike sebagai Marshal dan yang lain easyrider. Ketika tu..berhenti Mat Salleh dengan kereta mengambil motor2 yang ada disitu.
Lebih kurang 8 minits berehat disana..bikers2 Pahang dibawa ke penginapan di Rhu Muda
iaitu Anggulia Beach Resort..kali pertama sampai di Anggulia Beach Resort..ok juga tempat dia.
Sementara menunggu jam 3.00 ptg..solat zohor di surau yang ada disitu. Surau baru nampaknya sbb bau cat masih belum hilang..best jugak surau tu..siap dgn aircond.
Solat Zohor berjemaah..Che Din selaku Tuan Imam kite...lps Zohor, ramai yg bergolek di surau. 3 buah lagi motor tiba yg ditekong oleh Hj Mohd Zukri..lewat sampai bendahari kite..jgn liwat sudahlah..hehehe
Pukul 3.00 ptg..masing2 hidupkan motor..bawa bikers Pahang ronda2 Kuala Terengganu.
Pada malamnya pulak..aku tak dpt menghadirkan diri kerana nak hantar anak balik asrama.
Jadi tak dapatlah aku nak pamirkan gambar2 pada malam tersebut.

Tentatif Program
1. 11.15pg - Berkumpul di mobil Gong Badak
2. 12.30tgh - Makan tengahari di Rhu Rendang
3. 1.00 tgh - Berkumpul & berehat di Pantai Kelulut (meyambut ketibaan bikers Pahang)
4. 2.00 ptg - Berehat & solat Zohor di Anggulia Beach Resort
5. 3.00 ptg - Membawa bikers Pahang meronda & kenal2 di Kuala Terengganu
- Pantai Batu Burok ( Lebih kurang 20 minit)
- Pusing2 bandar ikut jalan Primula, Hadapan Pasar Payang, Jalan Banggol
& Jalan Hiliran menuju Ke Taman Tamaddun Islam
- Masjid Kristal..lama gak disini
6. 6.00 ptg - Minum petang di Kopitiam Gong Badak
7. 9.00 mlm - Barbique di Anggulia Beach Resort

Di Kopitiam Pak Wan di Gong Badak

Bergambar kenangan sebelum berpisah hari tersebut..dari kiri taufik,Hj Mohd Zukri, Cikgu Li,Cikgu Kamal & Che Din
Makang kerepok dan Roti Bakar..pening kepala pelayan kedai..nak ambil order air

Sementara menunggu minuman & makanan sampai..menengung je nampak..hehehe
Entah apa yg diborakkan..aku pun tak pasti....

Blog Archive


About Me

My photo
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia